Sumbangan diperlukan untuk Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah

Teratak Che Dah (TCD) adalah sebuah pusat jagaan anak yatim yang ditubuhkan pada tahun 2014. Terletak di Kundang, Sungai Buloh, Selangor, dalam keadaan semasa, TCD membiayai sepenuhnya 22 orang pelajar (golongan anak yatim & asnaf) yang berumur dari 7 tahun hingga 16 tahun. Tahun 2022 ini, TCD berhasrat untuk tambah lagi bilangan pelajar agar lebih ramai yang mendapat manfaat, InsyaAllah.
Bilangan ini tidak te rmasuk 4 ustaz serta 3 staff yang setia berkhidmat demi menjaga kebajikan anak-anak tercinta di Teratak Che Dah ini.
Disebabkan keadaan persekitaran serta kemudahan sedia ada kini kurang memuaskan, bilangan pelajar yang diambil tahunan terpaksa dikurangkan. Segala kos infrastruktur, sistem elektrik & saluran dan pembiayaan kos pengurusan pelajar, ustaz serta staf masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.
Gambaran Teratak Che Dah sebelum ini.
ALHAMDULILLAH BERKAT SUMBANGAN TUAN PUAN KAMI KINI TELAH MENAMBAH BAIK SURAU DAN ASRAMA, MEMBINA DEWAN TERTUTUP DAN RUANG MAKAN BAHARU
Pembinaan dewan terbuka dan juga proses membesarkan ruang makan.
Pemasangan karpet di surau untuk keselesaan anak anak solat.
Sumbangan Masih Diperlukan Untuk Pembiayaan
Pengurusan & Pelajar di Teratak Che Dah
Sumbangan yang anda hulurkan akan digunakan sepenuhnya untuk perkara-perkara seperti di bawah:
Kos Infrastruktur
✅ Membaikpulih keperluan asrama
✅ Membaikpulih sistem elektrik & piping di Teratak Che Dah
✅ Membaikpulih pagar di belakang Teratak Che Dah yang telah retak
✅ Membeli barangan perabot untuk asrama yang memerlukan
Kos Pelajar
✅ Menguruskan kebajikan & keperluan pelajar
(keperluan harian, peralatan sekolah, makanan harian dan sebagainya)
✅ Membiayai aktiviti kecemerlangan akademik (tusyen) dan pembangunan sahsiah pelajar
✅ Membiayai pakaian solat harian (kurta)
Kos Pengurusan
✅ Membiayai kos pengurusan dan kebajikan ustaz, staf serta para pelajar
✅ Membiayai kos eletrik & air di Teratak Che Dah
✅ Membina sistem bekalan air bersih untuk asrama.
✅ Membiayai kos pengangkutan di Teratak Che Dah
Tanpa infrastruktur yang lengkap, pengurusan dan pembangunan Teratak Che Dah ini pasti akan terencat. Malah anak-anak didik di sini tidak dapat menimba ilmu dalam keadaan yang selesa.
InsyaAllah perjalanan rumah anak yatim ini akan berjalan lancar dengan adanya sumbangan yang berterusan daripada pihak anda semua. Oleh yang demikian, hulurkanlah sedikit sumbangan ikhlas anda untuk membantu kami dalam meraikan anak yatim ini sebagaimana hadis nabi :
" TIDAK AKAN BERKURANG HARTA ORANG YANG BERSEDEKAH "
(HR Muslim : No 4689)
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Dalam satu hadis lain, Abu Hurairah RA berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.’
Baginda SAW menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka, janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” (Riwayat al-Bukhari)